11.03.09
Laskar Pelangi

Semalam saya melihat cerita Laskar Pelangi (diterbitkan pada 2008) bersama kawan-kawan di rumah. Laskar pelangi yang diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris sebagai rainbow troops, merujuk kepada sekumpulan murid sekolah rendah sejumlah 10 orang yang belajar di Sekolah Muhammadiyah, Pulau Belitong. Sekolah ini terletak di kawasan pedalaman dan mereka adalah daripada kalangan anak orang susah. Sekolah tersebut diselia oleh 3 orang guru termasuk seorang guru besar. Sekolah ini hanya boleh dibuka sekiranya jumlah pelajar mencecah minimum 10 orang dan Alhamdulillah, mereka dapat membukanya. Kegigihan Ibu Mus (Cikgu Muslimah) mendidik anak muridnya sehingga berjaya dalam banyak bidang yang mereka ceburi harus dicontohi oleh para pendidik di sekolah. Ibu Mus bukan hanya mengajar ilmu fardu kifayah, malah ilmu fardu ain turut diberi penekanan.
Antara watak dalam cerita ini adalah Lintang, salah seorang pelajar @ team Laskar pelangi. Beliau merupakan seorang pelajar genius kerana mampu menyelesaikan masalah Matematik dengan hanya mencongak tanpa memerlukan pen dan kertas (Masya Allah). Bahasa yang digunakan oleh watak-watak dalam cerita ini mudah difahami kerana tidak terlalu pekat keIndonesiaannya tambahan ada subtitle dalam Bahasa Inggeris. Cerita ini membuatkan saya menitiskan air mata (dan barangkali anda juga!) apabila melihat kegigihan para pelajar tersebut dalam menuntut ilmu. Bertembung dengan buaya yang naik ke darat, meredah hujan yang turun dalam perjalanan ke sekolah sudah menjadi lumrah buat mereka. Cerita ini menjadikan saya lebih bersemangat untuk mendidik anak bangsa Malaysia dan rasa teruja untuk mengajar di kawasan pedalaman dan terpencil seperti itu (tapi yg ni kene consider bende lain jugk.huhu)
Semoga Allah swt memudahkan urusan guru-guru yang sanggup berkorban demi ummah & anak bangsa yang tercinta. Kepada para pelajar pula, hormatilah guru anda, janganlah ponteng sekolah (walaupun anda mungkin genius seperti Lintang) kerana guru anda mahu memberikan yang terbaik untuk anda (seperti contoh di sini) dan pasti ada sesuatu yang anda pelajari dengan menghadirkan diri ke sekolah.
Jzkk buat Kak Syada atas vcd yang dipinjamkan
Etty said,
November 3, 2009 at 10:43 am
erm, mcm mana nak cari ye?
nak tgk gak…
izy said,
November 3, 2009 at 2:29 pm
Akak, cite tu sangat inspiring kan? dan sangat reflecting too. akhowat kat cni sume ske cite tu.
muttaqeen09 said,
November 3, 2009 at 10:36 pm
Kak ety: sy tak tahu ada tak jual kat sini,(malaysia) rasanya macam tak da lagi. kak syada ckp yg ni beli kat indonesia. akak nk pinjam ok je =)
izy: akak yg lambat tengok. huhu. izy beli mana? boleh dapatkan untuk kak ety tak? kirim salam sayang pd semua, i.A
izy said,
November 4, 2009 at 9:03 am
ade kat you tube..
hehe
kak ety taip je laskar pelangi.
einhyatt said,
November 5, 2009 at 11:11 am
Lin. cerita tu memang inspiring. and the ending was heart-wrenching. macam tak sanggup nak lihat kali kedua =)
It surely is a must watch for everyone; terutama students Malaysia yang dengan senang dan mudahnya dapat duit untuk belajar di uni2 terkemuka, siap semua kemudahan tersedia lagi. Tapi masih malas dan main2. Tengok macam kanak2 pelangi ni; nak sangat cari ilmu tapi keadaan sangat membataskan (read: Lintang). huhu sedeyh
Tapi suke ayat Lintang di akhir cerita yang cita-cita dia tak terkubur, tapi diteruskan pulak oleh anak dia. memang la meruntun jiwa.
Hehe cerita ni boleh tgk kat Youtube
muttaqeen09 said,
November 5, 2009 at 4:17 pm
izy: ye, YOUTUBE, masya Allah cadangan yang baik, lupa pulak =)
kak ety: Boleh tengok kat Youtube atau boleh pinjam cd daripada kak syada, insha Allah =)
kak aini: Setuju =) semua orang (kalau ada kesempatan) silalah menonton Laskar Pelangi. Mungkin boleh buat tayangan perdana di sana, Insha Allah. U/P ISMA Victoria. hehe.